PAKEJ GERAI BURGER
Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan burger, kami sedia membantu anda.. Jangan risau tentang modal permulaannya, kerana kami menyediakan semua kelengkapan dan keperluan, anda cuma perlu menyediakan bahan mentah sahaja... kos penyewaan semuanya hanya RM350/bulan... kini dengan modal yang sangat minima, sesiapa sahaja dapat memulakan perniagaan burger sendiri dan menjadi bos bagi kedai anda sendiri.... berminat bolehlah terus menghubungi kami di talian 017-3560954 (syah)..
Sebelum itu, sila baca syarat2 perjanjian dibawah agar tidak timbul kekeliruan di masa hadapan.
PERJANJIAN PENYEWAAN GERAI BURGER MUDAHALIH
Tarikh Perjanjian:____________
Adalah dimaklumkan bahawa _____________________________________ No.k/p: _______________________________ alamat rumah: ________________________________________________________ telah menyewa ____ buah gerai burger mudah alih yang telah ditempatkan di lokasi____________________________ tarikh perjanjian ini adalah berkuatkuasa pada ______________ dan akan berakhir pada suatu tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak kelak.
SYARAT-SYARAT PENYEWAAN
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan komited dalam perniagaan ini. Dengan atau tanpa pengalaman. Berumur 17 tahun ke atas. Lelaki atau wanita dan warganegara Malaysia sahaja.
KONTRAK
Kontrak penyewaan adalah sekurang-kurangnya 4 bulan dan ke atas. Sekiranya penyewa ingin menamatkan kontrak ini sebelum tempoh masanya, penyewa harus menyelesaikan baki sewanya sehingga tarikh yang sepatutnya.
KADAR SEWA
Sewa adalah pada kadar RM350/bulan termasuk peralatan-peralatan lain. RM300/bulan tanpa peralatan-peralatan lain. Deposit RM300 dan tidak akan dikembalikan.
PAKEJ PENYEWAAN.
Antara pakejnya adalah:-
1-Gerai mudah alih = 1
2-Kuali burger = 1
3-Dapur = 1
4-Penekan burger = 1
5-Senduk = 1
6-Acuan benjo = 1
7-Botol sos dan mayonis = 6
8-Pisau pemotong roti burger = 1
* jika anda berminat untuk membeli stall burger sahaja kami menjualnya dengan harga RM1950.00 termasuk kuali burger. Penghantaran adalah kos pembeli.
LOKASI
Lokasi meniaga atau meletak gerai burger ini adalah pilihan penyewa sendiri dan hanya di sekitar lembah kelang dan kawasan-kawasan sekitarnya sahaja. Tempat mestilah strategik dan berpotensi. Urusan dengan Majlis Perbandaran adalah di atas tanggungan penyewa. Lokasi gerai juga tidak boleh berubah-ubah melainkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.
PENGANGKUTAN
Pengangkutan gerai dan kosnya adalah disediakan dan ditanggung oleh pihak kami sepenuhnya.
TANGGUNGJAWAB
Penyewa bertanggung jawab sepenuhnya ke atas barangan yang disewa. Sebarang saman tapak ataupun rampasan gerai dan peralatan-peralatannya oleh Majlis Perbandaran tempatan adalah di bawah tanggungjawab penyewa itu sendiri dan harus membayar gantirugi kepada kami dengan kadar dan harga yang ditetapkan seperti diatas.
PENAMATAN PENYEWAAN
Sebarang penamatan penyewaan ini harus di beritahu kepada pihak kami sebulan sebelum, bagi mengelakkan sebarang kesulitan dipihak kami kelak. Dan semua gerai dan peralatan-peralatan di atas haruslah dipulangkan semula dalam berkeadaan baik.
Pengakuan penyewa:
Saya dengan ini faham dan bersetuju dengan semua syarat-syarat perjanjian yang dinyatakan diatas.
PENYEWA: PEMUNYA : SAKSI:
______________ ______________ _____________
Nama:___________ Nama:___________ Nama:__________
No.k/p:__________ No.k/p:___________ No.k/p:___________
No.tel:__________ No.tel:___________ No.tel:____________
Tarikh:__________ Tarikh:___________ Tarikh:____________
***Sila sertakan sekeping gambar dan fotostat i/c untuk tujuan rujukan.***
Subscribe to:
Posts (Atom)